Halaman

MEMBINA RASA CINTA MANUSIA TERHADAP WASILAH CINTA ALLAH



MEMBINA RASA CINTA MANUSIA TERHADAP WASILAH CINTA ALLAH

                  *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************
Kalimah 'Cinta' sudah tidak asing lagi di telinga kita. Apatah lagi di kalangan remaja kerana sudah menjadi tanggapan umum bahawa cinta bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara. Bila menyebut cinta, sering kali terbayang di kepala kita pasangan-pasangan kekasih sehidup semati seperti 'Romeo and Juliet', 'Laila dan Majnun', "Uda dan Dara", dan sebagainya. Jalaludin Ar-Rumi menggambarkan akan kerana indah dan asyiknya cinta itu, sehingga syaitan pun dianggap bidadari. Yang pasti,sudah ramai orang yang berbahagia kerana cinta,namun tidak kurang juga yang menderita kerana penangan cinta. Cinta dapat membuatkan seseorang itu menjadi mulia, dan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu menjadi hina.

Melihat kepada sirah Rasulullah bagaimana Siti Khadijah mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam memaknai erti Cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain. Semuanya berkisar tentang Cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta. Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat. Nauzubillahhi min zalik...

"CINTA" dari segi bahasa bermaksud kecenderungan. Berpandukan kepada maksud ini "CINTA" bolehlah didefinisikan sebagai "kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya, menyebut namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".

Pandangan Islam Terhadap Cinta
Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan. Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia. Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai. Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.

"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya. Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)


Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta dan kasih sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (iaitu dengan cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu untuk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah. Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dalam masyarakat. Betapa cantiknya Islam,setiap apa yang ditetapkan itu punya hikmah yang tersendiri.

Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta. Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya. Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata. Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw. Cinta yang melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain. Antara ibu bapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5. Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

Hubungan antara Cinta dan Iman
Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berkait rapat. Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).

Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah. Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda. Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Ameen"


Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


*******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Bagi nya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Mempertahankan Cinta Jarak Jauh

*******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

Kata kata cinta sedih

kata kata cinta yang sangat berguna untuk anda semua
                          *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************


Cinta Itu adalah anugerah terindah dari Tuhan, Aku bersujud dan berdoa pada Tuhan, dan Akhirnya ku menemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.
Kebahagiaanku belum sempurna tanpa dirimu di sisiku.
Apapun yang kulakukan tidak membuatku bahagia, kecuali jika aku melakukan sesuatu hal untukmu.
Terima kasih sayangku kamu telah membuatku bahagia selama ini, untuk itu aku akan setia di hatimu hari ini dan sampai bila2 pun.


di matamu aku bukan siapa2,bukan teman, sahabat, bahkan saudara melainkan orang asing.namun biarlah orang asing ini singgah sejenak dalam istana cintamu walau hanya sedetik.dia akan datang bila kau mahu n kan pergi bila kau izinkan
ketika mentari tak mampu menyinari harimu lagi,,,kau tak usah meragu,ketika sungai tak mampu mengaliri bumi ini lagi,,,kau tak usah bersedih,karna cintaku kan slalu ada untukmu….i Love you….
“Ya Allah.. Jikalau cinta ini adalah ketentuan, tawanlah hatiku dengan cinta kepada-Mu,agar tidak ada lagi yg dapat menawan hatiku.. Jikalau rindu ini adalah rasa sakit, penuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepada-Mu….”
Selama nafas ini masih ada, selama jantung ini masih berdenyut, aku akan mencintaimu dan membahagiakanmu.
Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku.
Wajahmu tidak membuatku takluk, senyummu juga tidak bisa membuatku tersipuh, kecuali ketulusanmu mencintaiku yang membuat hatiku bertekuk lutut di hatimu.
- Aku tidak minta bintang atau bulan kepadamu. Cukup temani aku selamanya di bawah cahayanya
- bagaimana kalu kita berdua menjadi pencuri: Aku mencuri hatimu, dan kamu mencuri hatiku ?
Aku ingin bersamamu  pada dua waktu : SEKARANG dan SELAMANYA.
                                                                                                                                              - Jika aku bisa jadi sebahagian dari dirimu, aku mahu jadi air matamu, yang tersimpan di hatimu,lahir dari matamu, hidup di pipimu, dan mati di bibirmu.
- Aku selalu berusaha tak menangis karanamu, karana setiap butir yang jatuh, hanya makin mengingatkan, betapa aku tak boleh melepaskanmu pergi.



Dicintai dan disayangi kamu adalah anugerah terindah yang tuhan berikan padaku.


                             *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

Mencintai kamu perlu waktu , Namun melupakanmu perlu waktuku untuk seumur hidup.

Mungkin Tuhan sengaja memberi kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah di balik pemberian tersebut.

Aku ingin meraih kembali cintamu menjadi kenyataan. Saat diriku dalam siksaan cinta, dirimu melenggang pergi tanpa pernah memikirkan aku.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Jika esok pagi menjelang,
akan aku tantang matahari yang terbangun dari tidur lelap nya..
Karena hanya sinar aku lah yang kelak akan mampu menghangatkan dingin nya hatimu.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi selalu kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hingga kan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita.

Buat apa berlari dalam kelam? Sedang kabut pun tak mau menyibak. Biarlah semuanya berlalu, mimpi pun aku tak inginkan. Meskipun rindu ini tercipta untukmu.

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Aku tidak tau sampai kapan usiaku, tapi aku yakin cintaku selamanya untukmu.

Walaupun hari ini kau mengukir luka di hatiku. Aku akan tetap mencintai kamu seperti aku mencintai kamu kemarin.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

Saat bertemu, aku tak peduli. Saat kau pergi, aku selalu menanti kamu. Apakah ini namanya cinta?

Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahwa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai.

Kau datang di saat ke egoisan akan cinta tengah mendera. Membawa cahaya dan kedamaian, membuatku tidak mudah menyerah untuk merengkuh kisah cinta bersamamu.

Saat bertemu aku tak peduli
Saat kau pergi aku selalu menanti
Apakah ini namanya cinta
Adakah kau merasakan hal yang sama

Di dunia ini cuma ada 5 orang yang aku cintai, Ibuku, Ayahku, Saudara kandungku, Teman-temanku dan yang terakhir adalah kau. kenapa kau kuletakkan pada urutan yang terakhir? karena aku ingin kau menjadi Cintaku yang terakhir dan tak ada cinta yang lain selain cinta terakhirku pada dirimu

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangan nya dan juga benar bahwa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Bila Tuhan masih memberiku kesempatan untuk hidup lebih lama,
aku hanya ingin lalui itu denganmu sayang.

Untuk apa bicara cinta
Jika hatimu tak terbuka
Untuk apa bicara cinta
Jika matamu tak bercahaya
Untuk apa bicara cinta
Jika itu akan membuatmu terluka
Bagiku, dirimulah sang cinta

Dalam hati aku menanti, kuserahkan hati sebagai tanda ketulusan cinta.

Ia cuma mengambil masa satu minit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Penderitaanku adalah bayangan gelap bagi dirimu, saat kesetiaan menjadi alasan untuk mencampakanku! Aku takkan lari dari cintamu yang selalu memasungku.

Mekar mawar yang kau tanam
di hatiku
Begitu wangi semerbak
Lambangkan segala sayang
dan cinta
Hanya untukmu seorang

Jangan pandang kepada kecantikan karena ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.

Tak pernah kau sadari besarnya
cintamu
Sampai tiba perpisahan
Aku terhenyak, aku takut
Maafkan ketololanku
Aku butuh kamu

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir degan tangisan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.


Seseorang tak akan pernah menyedari dalamnya rasa cinta sampai tiba saat perpisahan.

Aku bisa menemukan kamu di tengah keramaian dengan telinga dan mata tertutup. Itu karena aku mencari dengan hatiku.

Mekar mawar yang kautanam di hatiku, tercium wangi semerbak. Lambangkan segala sayang dan cinta, hanya untukmu seorang.

Cinta tidak pernah sendiri. Cinta selalu mendua cinta adalah kau dan aku.
Maafkan. Kau boleh lakukan apa saja untuk membalasku, mencaci, memaki, tapi jangan pernah tinggalkan aku.

Sepanjang nafasku masih berhembus, aku akan terus menjaga, menyayang dan melindungi satu-satunya kekasih hatiku.

Lambat tapi pasti, merasuk ditengah keraguanku. Aku rasa aku jatuh cinta padamu.

Tidak ada yang mampu membuat hati ini tersentuh, kecuali dirimu sayang, karena kamulah bidadari terindah dalam hidupku.

Kamu bukanlah yang pertama untukku, tapi kamu yang terakhir bagiku.

Jangan biarkan api asmara kita padam oleh tiupan badai cemburu. Kuingin cinta kita seperti bara yang makin benderang oleh hembusan angin.

Jika kau pernah rasakan hidup sendiri, tak kan mau lagi kaurasa untuk kedua kali. Karena ketika bersamamu, yang kurasa adalah hidup.

Berusaha melupakanmu, sama sulitnya dengan mengingat seseorang yang tak pernah kukenal.

Cintai aku seperti aku mencintai dirimu. Sepenuh hati, tanpa paksaan dan tanpa kecurigaan.