Halaman

Berubah untuk diri sendiri dalam mengejar bahagia

   *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

Mampukah kita membuatkan diri sendiri bahagia?.Seringkali persoalan yang selalu bermain difikiran kita.Walaupun sehebat mana kedudukan seseorang itu,namun kebahagian bukan mudah untuk ditempah dengan harta benda semata-mata.kebahagian sama ada dalam kerjaya dan kehidupan peribadi dianggap perkara yang sukar dicapai dalam erti kata sebenar. Berubahlah untuk diri sendiri untuk mencapai kebahgian itu.
         Terdapat beberapa perkara yang kurang kita ketahui  penyebab dan penghalang kita untuk mencapai kebahagian diri iaitu

Selalu menyalahkan orang lain
Tiada manusia sempurna dan kita cenderong melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak.Biasanya kita akan menyalahkan orang lain atas masalah kita sendiri.Selalunya perkara ini terjadi apabila emosi mula menguasai fikiran kita.Apa yang penting,kawalan emosi harus diatasi serta memahami punca sebenar masalah itu.

Terlalu bergantung dengan apa yang kita tahu
Apabila kita takut atau kurang rasa yakin,kita selalu bergantung atas apa yang kita tahu dan tidak memperbaiki kelemahan diri.

Mengkritik
Cubalah belajar menerima kelemahan dan kelebihan seseorang itu tanpa  mengkritik,tapi sebaliknya cubalah untuk membantu mereka menjadi seorang yang unik seperti anda.

Riak

Bila anda berada diatas,janganlah sesekali anda riak dengan kejayaan yang anda perolehi..jangan sampai orang disekeliling kita membenci kita atas tingkah laku kita .

Bahagia yang di cari tapi belum ketemu


                           *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************
       Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah gulana.. Tidak tentu arah dan hilang punca..Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai
rasa berbelah bagi di dalam melakukan sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kena..Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kena pada tempatnya..
          Kadang juga cinta memberi kita satu kekuatan yang luar biasa.. Jika dulu kita seorang yang penakut dan tidak berani.. Tapi dalam asyiknya cinta, kita menjadi seseorang yang bukan kita yang dulu.. Kuat dan tabah menghadapi rintangan..Seorang yang kental semangatnya.. Berani membuat sesuatu perkara seolah menjadi hero kampung atau sebagainya..Dan bila terputusnya rasa cinta itu, kadang membawa kita satu azab yang berlarutan.. Menjadi satu keadaan yang tidak tenteram dan takut dalam menghadapi sesuatu kemungkinan yang ada.. Menjadi satu kekecewaan yang berlarutan dan menyebabkan sesal yang tak sudah..
Begitu dasyat dengan rasa cinta yang hadir.. Mampu membawa perwatakan yang pelbagai kepada kita, insan yang selalu dambakan cinta..Seharusnya kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada cinta.. Menjadi begitu taksub dan dambakan kepada rohaninya cinta sesama insan.. Kerana hadir rasa cinta itu bersebab.. Datangnya rasa cinta itu dengan izinNya.. Dan kadang kita akan terus menyalahkan keadaan mengapa dan kenapa terjadi sedemikian pada kita..Sedangkan matlamat dalam percintaan bukannya berakhir dengan kekecewaan ,namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik pada hambaNya..

Dan janganlah kita menjadi satu bangsa yang kolot dan tidak mempunyai akal yang panjang.. Kebahagiaan kita bukannya terletak pada si dia, insan yang menghancurkan kita.. Atau pada si dia, insan yang tidak menerima cinta kita..Kerana cinta itu tidak buta.. Tapi yang butanya mata kita dan hati yang selalu
inginkan satu impian dan angan angan yang tak sudah sudah..Mengapa kita perlukan cinta? Kerana itulah naluri kita ingin kasih dan sayang sesama insan lain.. Bagaimana akan terjadi jika cinta tidak lagi bermakna pada kita?Kerana sering kita salah dalam menilai sesuatu hubungan yang kita kadang rasakan jika si dia kita miliki maka kita akan bahagia.. Siapa si dia sedangkan jodoh itu tiada pada kamu? Seharusnya kita paham, jika si dia tidak bersama kita, tidak semestinya kita tidak layak memiliki bahagia.. Kerana bahagia kita bukan hanya terletak pada cinta yang kita dambakan.. Kadang bahagia kita pabila kita masih lagi
mengukir senyuman yang ikhlas dan berkata bahagia walaupun si dia bukan milik kita.. Kerana bahagia kita tidak semestinya bersama si dia..Jauh lagi kita masih terkenang pada satu raut wajah yang dulu pernah mengetarkan jiwa, yang satu masa dulu pernah membuatkan hati kita lemah dan menangis pada rindu yang dalam.. Dan kita masih lagi mengharap semua yang berlalu cuma sepotong mimpi ngeri.. Sedangkan pada hakikatnya masih kita tidak dapat menerima satu kenyataan yang telah tersirat.. Dan tersuratnya, bahagianya
dalam bercinta itu melepaskan cinta yang berlalu pergi dengan kerelaan dan
berdoa kebahagiaan masing masing..

menyintai seseorang tidak seharusnya memiliki

menyintai seseorang tidak seharusnya memiliki
*******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

      Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...
Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh..Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun
tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi..Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah..Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada
langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..

Cinta itu menguji kekuatan di dalam hati

                               *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

....Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang kuingat.. Pada hakikatnya amat aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini
berhenti mengalir....Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita..Dan hari hari yang berlalu,melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..
Menyimpan kenangan itu sangat menyakitkan,apalagi jika dia tidak menjadi milik kita lagi,yang ada hanya tangis yg selalu menemani sepanjang hari.. Menginginkan pada satu harapan yang masih tertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu..

      Kita rebah dalam angan yang tak sudah sudah, meniti peritnya perasaan yang masih tersimpan jauh di dalam jiwa.. Kita lemah dan hanyut dibuai kekecewaan yang dalam.. Masih menjadi satu siulan pada mata yang memandang, menjadi bualan pada telinga yang mendengar.. Dan mata memandang dengan rasa hiba
melihat jatuhnya diri kita jauh hanyut mengharungi kepedihan keseorangan..Terasa dihargai bila diri disayangi dan dicintai.. Walaupun kita tahu tak mgkin cinta kita bersatu bersama lagi.. Namun bahagai itu pernah seketika menjadi milik kita..Dan kita pernah sama sama pergi jauh mencapai nikmatnya bintang berkelip di
kala senja..

      Saat kamu juga merasakan cinta antara kamu dan dia.. Dan nyatalah cinta yang hadir antara kamu cuma sekadar menguji dan menyakitkan.. Kerana kamu dan dia cuma bertemu untuk merasakan cinta yang membara.. Bukan untuk bersama..Simpan saja rasa cinta itu menjadi kenangan lalu.. Doakan kebahagiaan bersama sama..Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan..Dan kenapa kita selalu saja menyalahkan takdir pabila suatu percintaan itu putusdi tengah jalan? Dan kita terasa sudah berakhirnya satu kehidupan kita, dan
membiarkan diri menjadi lemah kerana cinta tidak kesampaian.. Mengapa kita terus menyalahhi orang lain setiap yang berlaku..Sedangkan setiap matlamat dalam percintaan, ada mencari kebahagiaan.. Dan
bahagia itu tidak semestinya bersama.. Dan menyintai itu tidak seharusnya memiliki.. Kadang kita salah memberi tafsiran pada hati kita dalam mengenal erti perjuangan mencari cinta yang sebenar..Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih pada ketentuaanNya.. Kerana kita di uji dalam kehidupan ini.. Ada hikmah yang tersembunyi dalam suratan yang tersirat

Kadang melepaskan cinta, mempunyai erti bahagia




                       *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir..Jangan kerana ditinggalkan oleh mereka,kita duduk bermenung bertemankan airmata.. Sedangkan mereka sedang berbahagia dengan kekasih mereka yang baru...Bahagia itu hadir di dalam hati kita walau kadang orang memandang kita tidak
bahagia.. Kerana bahagia itu tidak semestinya bersama dengan orang yang kita sayangi.. Kadang bahagia itu terserlah melepaskan dan merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita cintai hidup bahagia walau bukan dengan kita..Kadang kita merasakan bila kita dapat bersama sama dengan insan yang kita merasakan ada cinta antara dua hati adalah satu kebahagiaan yang kita cari selama ini.. Sedang kita sendiri masih kabur di dalam mencari sesuatu yang dipanggil bahagia.. Adakah kita pasti dan yakin, bahagia itu ada bersama kita bila kita memiliki orang yang menyintai kita dan kita jua menyintai dia.. Itu lah kita, amat pasti pada suatu suratan yang kadang jua mempunyai kegagalan pada akhir cerita..Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk
diingati dan amat susah untuk di lupa..Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu..Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik disanubari..
Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan..
Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa
Dan bila kita di uji, seharusnya kita sebagai hamba Allah bersabar dan melakukan yang terbaik supaya sesuatu perhubungan yang terjalin dapat dipertahankan.. Didalam menghadapinya kita harus ada usaha, kemudian berdoa dan bertawakal pada Allah..
Hidup kita bukan memperjuangkan cinta sesama insan.. Walau itu menjadi lumrah di dalam kehidupan kita, tapi letakkan yang utama di dalam hati kita cintakan Allah,seterusnya Rasul.. Cubalah untuk memperbaiki sikap kita yang semakin hari semakin jauh dalam mencari hakikat.. Menangislah tika iman kita semakin hilang
dan tabahlah hati bila cinta sesama manusia tidak kesampaian

10 tanda pasangan anda mulai curang


                          *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************
       Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!!
Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.
Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.
Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.
Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.
Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.
Menjawab panggilan telefon secara sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.
Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.
Perubahan terhadap hubungan intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.
Bil pembayaran yang luar biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada  kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.
Tidak memakai cincin yang diberikan- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.
Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.

Bila dikhianati cinta, kuatkan semangat relakan kemaafan

                        *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************


Perit sekali apabila diri dicurangi.. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga..
Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi.. Hanya insan yang pernah
dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya.. Sehinggakan ada
yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang
dilarang agama..

Dan kita harus mengerti, setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri..
Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati.. Sinar cahaya akan tiba
tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada
hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri..
Hidup kita akan sentiasa mendendami dan masih bersisa kesakitan yang terjadi akibat
kecurangan tika cinta dikhianati.. Dan kita pasti amat susah memaafkan dan menerima
kembali pasangan kita itu seolah menjadi ketakutan yang dasyat pabila teringatkan
kelakuan yang menyakitkan hati.. Pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima
Bila dikhianati cinta, kuatkan semangat relakan kemaafan 
kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut..
Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang
mulia.. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak
memberi kemaafan.. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya.. Untuk
memberi hukuman, jauh sekali.. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil..
Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk
melupakannya mungkin mustahil.. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang,
menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa.. Ingatlah, kita ada Allah. Allah
adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap.. Allah tidak akan
mengecewakan kita.


Hakikatnya, Allah jadikan kita kuat untuk menghadapi ujian dan dugaanNya kerana
pengalaman pahit dan manis itulah menjadi ukuran..
Kita pernah merasa merana dan derita akan satu kenangan yang tak mungkin kita lupa
dengan sekelip mata.. Kita terluka dan terpahat di dalam jiwa kita parut yang dalam.. Kita
dicurangi dengan kiasan yang tidak mampu kita hadapai.. Kita di tinggalkan dalam sunyi
dan sepi menjadi jarak menemani perjalanan keseorangan.. Kita memandang jauh dalam
dalam, dan terdetik di kalbu mengapa ini semua berlaku pada kita.. Sedang kita masih
tersungkur jauh dalam lemah mengatur langkah yang panjang untuk pergi, tapi kita tidak
mampu untuk bangun..
Pada cinta yang pernah bersemi, masih kita mengingati saban waktu tidak mengira
masa.. Pada hati yang masih merindui, kenangan itu tetap segar dan mekar walau di
asak pergi..
Mengapa masih ada rasa sayang dan cinta lagi pada insan yang sudah tidak menjadi milik
kita? Sedangkan kita tahu, di antara kita dan dia sudah tersurat tiada jodoh..
Dan bila kita sudah masih lagi menagih simpati pada sudut curang yang telah
menghancurkan cinta yang pernah ada, kita pasti akan tertinggal jauh.. Jauh dalam
dendam dunia yang tak sudah sudah.. Seharusnya kita, bersyukur pada Allah kerana
menunjukkan perihal sebenar siapa dia.. Dan memberi pengajaran serta pengalaman yang
amat bermakna sebagai penunjuk jalan ke depan..
Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah
sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk di ulang ulang..
Memang kita masih menyimpan rasa cinta itu lagi, dan masih lagi mengharapkan si dia
berubah suatu masa.. Tapi bagiku, kecurangan dalam mengkhianti cinta cukup sahaja
untuk sekali.. Kerana diri kita amat bermakna untuk menjaga hati kita sendiri..
Memaafkan dengan kata kata berlapikkan keikhlasan dari sudut hati.. Melepaskan dan
melupakan yang terjadi susah untuk berlaku namun sekurang kurangnya kita manusia yang
masih ada harga diri..
Akan ku kenang kenangan kita dulu.. Kerana kita pernah sama rasa erti bahagia..
Jangan sampai rasa benci itu memakan hati.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi
bersatu.. Dan cinta akan kamu, membuatkan aku semakin tabah.. Mengenal erti
kesetiaan yang dulu sering dipersoalkan

BILA CINTA DIKHIANATI


                         *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

luka dijari terasa sakit hanya beberapa hari, sampai dia menutup lagi
tapi luka dihati tak pernah terlihat tetapi begitu pedih,perih dan sakitnya terasa lama
   
 itulah yang terjadi ketika hubungan dikhianat, terasa semua pengornanan sia sia
segala kebaikan tiada arti nya kini hanya menjadi sampah yang terbuang
cinta tak pernah salah dan sebaiknya tidak menyalahkan cinta atas penghianatan ini
aku mencintai hanya menberi tampa mengharakan balasan
seperti tuhan mencintai kita tampa balasan
bila mana kita lupa beliau tetap menerima kita saat bertaubat dan kembali padanya
sehingga tidak pernah merasa rugi, jika didasari, ketulusan
seperti menberi bantuan kepada orang yang memerlukannya
cinta adalah jambatan yang menghubungkan dua dunia hati yang berbeda
cinta hanyalah perantara keinginan mengikat hati dalam sebuah hubungan
dengan keinginan saling menyayang, menghormati kekurangan dan kelebihan masing- masing
saling menperhatikan satu sama lain dan saling menjaga
sepi malam ini aku tergiang  wajahmu dihati
gelisah menanti u kembali bagai menagih rindu dihati
hati ini bagai dirantai rindu akan dirimu
sehingga diriku selalu sanggup mengalah kepadamu
dosamu ku anggapkan debu bisa diterbang angin yang lalu
kusiap memaafkan mu asalkan u tak lagi begitu
pulang lah kekasihku jangan u turutkan permainan perasaanmu

berikan jawaban uraikanlah simpulan padaku
biar tenang jiwaku setelah kasih lama berlalu
tidak mungkin kulupa perjanjian kita janji setia
mengapa kini terjadi perpisahan ini dikala asmara melebar sayapnya
mengapa u pergi disaat begini dikala hatiku terlukis namamu
aku malu pada teman pada semua
rindu serindunya namun engkau tak mengerti
sakit sesakitnya namun engkau tak perduli
malu semalu malunya namun apa daya engkau telah benci

kenangan indah saat pertama bertemu dirimu
ku terbuai dalam canda tawamu
impian tak semulus harapanku
ingin ku curah rasa dihati tapi aku tak mampu
kusadari u takkan kembali karena aku insan kekurangan yang takberpunya
biar ak menbawa cinta menbara ini walau kutau ak tak mampu bertahan
maafkan jika ku berdosa ijinkan ak tuk kembali  kesisimu
walau ku tau kau sangat menyangi dia
dan tak mungkin aku jadi sepertinya
kembalilah dalam peluk nya asal menbuat mu bahagia
kini aku tau hubungan apa yang kita jalankan hanya teman biasa

sekian lama tak kudengar suaramu kekasih
tetap aku rasakan perpisahan semenjak u mengenal nya
biarlah kubuang segala pahit getir yang kurasakan
 tak u pikirkah betapa sengsara aku karnamu
dahulu u berjanji kan setia sampai mati tapi itu hanya janji
aku dari hari kehari semakin sayang padamu
ku slalu melakukan apa saja yang u mau pasti ak turuti
u mau ak tak  bersamamu lagi walaupun hati ini u lukai
kadang ku mengharap kan u berubah pikiran
mudah nya u putuskan hubungan antara kita
hari ini u bergembira mungkin esok u berduka
biarkan tuhan yang  menentukan nya

aku mana mampu bertahan setiap tali pertentangan cemburu mu merantai hati
andai ku turut rasa hati ingin ku menbenci tapi aku memaafkan demi cinta yang suci
tapi hanya sementara keinsyafan hatimu
berpanas berhujan tak pernah ak hirau kan asal dapat menuruti semua keinginanmu
kubuat istana cinta dihiasi lukisan indah tapi penuh dengan kepalsuan
sejak aku jatuh cinta pada mu perasaan aku sering terganggu
adakalah aku rsa curiga adakalah semacam tak percaya adakah u setia padaku
oleh karena hatiku setia sebab itu prinsip cintaku
dari hari kehari ak terus merindui dan aku dapat rasakan hatiku sukar melepaskanmu
biar terpaksa susah payah kan kulakukan asal kan kita tetap bersama selamanya
aku tak menyangka kan jadi begini kutak menduga kita kan berpisah
kutak percaya biar pun kenyataan yang pastinya ku kehilangan mu
kita bercinta tapi tak sekata rindu setahun hilang sekelip mata
diriku menangis engkau tertawa u aku sayang diriku u singkirkan
u siksa ak selamanya ak tak menduga u telah berubah dalam diam kau menduakan ak
ak sadar siapa lah diri ini bagaikan pipit di sisimu sedangkan u merak khayangan
aku tak pantas untukmu, kusapu air mata ku tanda perpisahan

seandainya tuhan mengizinkan ingin aku terus bersamamu
walau perih yang kurasakan rela kuhadapi dengan sabar
seandanya tuhan mengizinkan ingin ak menbahagiakan dirimu
dingin nya angin malam ini mnhembus tubuhku
namun tak dapat mendinginkan hatiku yang kau mainkan
aku tak mengerti dengan sikapmu aku memang insan kekurangan senang nya kau permainkan
siapalah aku ini yang tak kan mampu meminta pasir menjadi permandani
juga mustahil bagiku ku mengapai bintang dilangit yang kau jadikan syarat untuk milikimu
semua itu aku tak kan mampu salah aku juga terlalu mencintaimu
insan sepertimu kusanjung bidadari engkau bukan boneka dan bukan perhiasan
yang mudah kusingkirkan hilang dalam hati ini
engkau kan tetap tersimpan di hatiku
kini u bukan miliku lagi u mekar didalm gengaman orang lain
yang tak mungkin kupetik tangkainya
apalagi nak aku cium aroma nya kini aku bagai kan kumbang yang tak punya arah tujuan

ikhlas nya hati ini sering kali u salah arti
tulus nya cinta tidak pernah engkau hargai
kini kuberlalu pergi dengan kelukaan ini
selama ini aki selalu menyayangimu
kuterus mengalah ku bersabar dengan semua derita yang uberi padaku
sekarang u berpaling muka bila saling bertatap mata
seolah kita tiada pernah saling mencinta
kau mencari sebab serta mencari alasan supaya tercapai inginmu
manis di bibirmu memutar kata mala kau tuduh aku lha segala penyebabnya
kini engkau pasti tersenyum dengan kemnduran diriku
u tak akan pernah bahagia selama tidak u ubah cara hidupmu
ada baiknya bila tak lagi bersama terasa jauh diriku ini dengan dosa
kini aku tinggalkan walau tampa kerelaan yang nyata u tidak berubah

bukan karana kemarau panjang sungai menjadi gersang
tapi karena takdir telah memisahkan terputuslah tali ikatan
terpadamlha  minpi kini hanya rindu yang setia menunggumu
walaupun u tak disisiku tapi yang ku merasa ada bayangmu
telah aku terima takdir ini walau tertusuk sembilu pedih hati terlukai
kini terkubur sudah impian tererai sudah ikatan cinta
baru aku sadari siapa diri ini sebalik suratan cahaya cinta yang suci
hakikat cinta yang sejati keyakinan didada mengiringi langkahku
jalani yang berduri tetap ak lewati biar gunung yang tinggi pasti akan ak daki untukmu
selamat berbahagia tampa aku lagi tapi izin kan selama namu dihati

bila u ucap cinta u harus jujur setia
jangan lah u berdusta menpermainkan cinta
bila kau ucap janji hendak lah u menepati
bila kau ungkiri tuhan kan menbalas nya
tiadakah kau tahu artinya cinta sebelum engkau mengucapkannya
jangan lah engkau mudah berubah setelah mengucapkan cinta
sesungguh nya cinta memerlukan kesetian tampa kesetiaan tiada artinya
banyak insan terluka karana cinta dibagi dua
alangkah bahagia jika mendapat kekasih setia hilang rasa curiga tak mau berpisah darinya

Andai aku Tahu Takdirku




                        *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

Cinta?   Apakah yang ingin ku cari dalam cinta? sesuatu pencarian yang kini menyelubungi diri...Satu persoalan yang tak pernah lekang bermain difikiran....Apakah takdir yang ingin ku cari?  ..Segala yang ku inginkan tak menjadi kenyataan...