Halaman

Berubah untuk diri sendiri dalam mengejar bahagia

   *******************Klik disini (BLOG HINGGA AKHIR NAFAS)************************

Mampukah kita membuatkan diri sendiri bahagia?.Seringkali persoalan yang selalu bermain difikiran kita.Walaupun sehebat mana kedudukan seseorang itu,namun kebahagian bukan mudah untuk ditempah dengan harta benda semata-mata.kebahagian sama ada dalam kerjaya dan kehidupan peribadi dianggap perkara yang sukar dicapai dalam erti kata sebenar. Berubahlah untuk diri sendiri untuk mencapai kebahgian itu.
         Terdapat beberapa perkara yang kurang kita ketahui  penyebab dan penghalang kita untuk mencapai kebahagian diri iaitu

Selalu menyalahkan orang lain
Tiada manusia sempurna dan kita cenderong melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak.Biasanya kita akan menyalahkan orang lain atas masalah kita sendiri.Selalunya perkara ini terjadi apabila emosi mula menguasai fikiran kita.Apa yang penting,kawalan emosi harus diatasi serta memahami punca sebenar masalah itu.

Terlalu bergantung dengan apa yang kita tahu
Apabila kita takut atau kurang rasa yakin,kita selalu bergantung atas apa yang kita tahu dan tidak memperbaiki kelemahan diri.

Mengkritik
Cubalah belajar menerima kelemahan dan kelebihan seseorang itu tanpa  mengkritik,tapi sebaliknya cubalah untuk membantu mereka menjadi seorang yang unik seperti anda.

Riak

Bila anda berada diatas,janganlah sesekali anda riak dengan kejayaan yang anda perolehi..jangan sampai orang disekeliling kita membenci kita atas tingkah laku kita .

1 ulasan: